Sunday, October 31, 2010

Kemaafan Dendam Terindah...


Meminta maaf dan memaafkan suatu amalan yang kita sedia maklum dalam kehidupan kita, kita digalakkan melakukannya kerana banyak manfaatnya dalam perhubungan manusia itu sendiri. Namun, berapa kerap anda mengungkapkannya? Terutama kepada orang-orang yang anda sayangi? Apatah lagi kepada orang-orang yang tidak mempunyai pertalian atau kepentingan dengan anda.... Kadangkala kerana ego, degil dan sikap tinggi diri kita sukar melafazkan kata-kata maaf yang akhirnya hanya meretakkan dan memutuskan perhubungan yang telah terjalin, jika ini terjadi tidakkah kita rasa ralat dek kerana terlalu mementingkan perasaan sendiri kita menolak tepi segala makna perhubungan yang ada? Belajarlah meminta maaf dan menjadi pemaaf...


Banyak manfaatnya kita perolehi daripada meminta maaf dan memberi kemaafan, selain memperolehi pahala yang besar, kita juga dapat mengukuhkan hubungan ukhuwah sesama manusia, membina keharmonian dalam perhubungan seharian dan paling penting memperolehi ketenangan jiwa hakiki...percayalah, biar macam mana sakitpun hati kita pada seseorang itu, tetapi disaat kita mengatakan maaf kepadanya...segala tekanan yang menyeksa jiwa selama ini akan terlerai bagai ditiup angin yang berlalu..

Seorang pernah mengatakan kepada saya, jika kita marah dengan seseorang jangan terlalu benci, maafkan sahaja dia kerana perbuatan itu hanya membuatkan jiwa kita tidak tenteram, tidak berbaloi menyiksa jiwa sendiri dek kerana orang yang tidak pandai meminta maaf akan kesalahannya,. Saya setuju dengan kata-katanya dan sempena mahu mengambil keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya menunjukkan sikap pemaaf dengan seikhlas hati saya.

Bersama ini, saya hendak berkongsi dengan rakan-rakan tips bermaafan semoga kita menjadi insan-insan yang lebih baik daripada sebelumnya ;)

• Meminta maaf boleh diluahkan dengan pelbagai cara, tidak semestinya hanya dengan kata-kata. Misalnya memberikan bunga atau hadiah juga suatu bentuk tindakan atau pernyataan maaf.

• Sekiranya lidah keluh untuk berkata-kata atau tidak tahu mengaturkan kata, gunalah pendekatan kecanggihan teknologi yang ada seperti emel, sms atau ketika online di facebook mahupun dengan menghantar mesej ke dalam ‘inbox’ facebook.

• Perkataan maaf tidak akan bermakna jika dilafazkan ketika si dia sedang marah atau bengang. Oleh itu, ambil lah masa seketika. Beri ruang untuk dia bertenang sebelum kamu membuka mulut menerangkan keadaan sebenar.

• Jangan menoktahkan ayat selepas ucapan maaf. Teruskan dengan ayat lengkap untuk mengukuhkan lagi sebab dan kemestian maaf itu diterima. Ini bagi mempengaruhi si dia untuk meyakini kata-kata kamu itu.

• Maaf tidak semestinya diucapkan ketika kesalahan berlaku sahaja, jika masing-masing berada dalam keadaan keliru mencari salah siapa, ambillah inisiatif untuk kamu yang memulakan ucapan maaf itu. Percayalah, selepas itu mesti dia juga akan turut lembut hati dan mencari salahnya juga.

• Jika kamu rasa tiada kepentingan untuk memohon maaf, fikirkan sejenak orang disekeliling kamu yang akan terkena impaknya jika hubungan kalian menghadapi ketegangan. Misalnya, anak-anak, ibu bapa anda, saudara-mara ataupun rakan-rakan yang menyayangi kamu.

• Maaf itu akan lebih bermakna jika disusuli dengan sentuhan tangan yang berjabat  atau senyuman manis yang terukir. Jangan pula meminta maaf sekadar melepaskan batuk di tangga atau dengan sikap acuh tak acuh. Itu tidak ikhlas namanya..

• Bagi kamu yang dimohon maaf pulak, janganlah berlagak sombong atau bersikap keras hati. Terimalah permohonan maaf itu dengan berlapang dada dengan harapan kesalahan itu tidak akan diulangi lagi. Percayalah, betapa leganya sebuah perasaan yang dapat memberikan kemaafan kepada seseorang biarpun orang itu telah melukakan perasaan anda.

• Jika kamu mampu atau lebih baik hati, selepas dia meminta maaf, tidak salah jika kamu juga mengucapkan perkara yang sama. Ini akan lebih meruntunkan hatinya dan menyegarkan kembali hubungan kalian.

• Paling penting, setelah bermaaf-maafan jangan diulangi kesilapan tersebut dan jangan mengambil kesempatan diatas kemaafan yang diberikan. Hargailah perhubungan yang terjalin antara kita...

Bukan mudah seseorang insan biasa mengakui kesilapannya dan memohon kemaafan. Justeru itu, tidak hairanlah Allah swt meletakkan ganjaran yang amat besar bagi hamba Nya yang berani mengaku salah dan sedia bermaaf-maafan.
Sabda Rasullah saw; “ Adakah engkau semua tahu siapakah orang yang paling muflis?” Para sahabat menjawab; “ orang tidak berwang dan tidak berharta lagi..” , Rasulullah saw menambah; “ orang yang muflis itu ialah orang yang daripada umatku yang datang pada hari kiamat nanti dengan ( bukan sahaja) membawa amalan yang banyak daripada ibadah solatnya, puasa dan zakatnya akan tetapi banyak juga amalan jahatnya. Waktu di dunia dia pernah memaki si polan, pernah menuduh si polan jahat, memakan harta si polan, mengalirkan darah si polan, memukul si polan, sedangkan sepanjang hayatnya dia tidak pernah meminta maaf kepada orang yang telah dianayai, disakiti atau dizaliminya itu..”

Sempena kedatangan Aidil Adha  ini...marilah kita merendahkan hati kita memohon kemaafan sesama kita diatas segala kesilapan lalu biarpun apa juga sebabnya, facebook membuka kembali lembaran kenangan silam yang indah dan manis untuk dikenang...mengapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk membina dan menjernihkan kembali perhubungan insania untuk masa-masa akan datang.

Aku juga mahu berusaha kearah itu...walau dengan caraku sendiri... Aku ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan kekuranganku sepanjang kita saling mengenali...sebagai manusia biasa...aku punya kekurangan dan kelemahan yang kadangkala aku tidak sedari yang mungkin pernah mencalar perasaan sesiapapun juga.

Monday, October 25, 2010

Senyuman dan Ketegasan Rasulullah, " Antara Hikmah dan Ibrah"



 Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman, tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah kita. Hati mana yang tidak tenang, apabila sedang dalam kekusutan kita masih lagi boleh tersenyum kepada rakan-rakan. Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yang paling indah yang Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan. 

Siapa tidak kenal dengan Muhammad bin Abdullah. Nabi Muhammad saw. adalah manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap, dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri baginda yang jarang diungkapkan oleh orang ramai iaitu mengenai senyum Rasulullah. Sepintas lalu hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti. Tetapi apabila dikaji sebenarnya senyuman Rasulullah memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah dalam misinya sebagai penyebar risalah Tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan baginda. Disebabkan itu, Rasulullah dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan baginda dicintai dan disegani oleh kawan dan juga lawan.

  Para sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan senyuman.  Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, 
“Rasullullah s.aw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)


Cucu kesayangan baginda, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada Ayahku( Saidina Ali ra) tentang adab dan etika Rasulullah s.aw. terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda. Ayahku mengatakan, ‘Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas…..”

Tambahan itu, Rasulullah walaupun dalam keadaan marah baginda tetap mempamerkan senyumannya, hatta kepada orang yang baginda tidak sukai. Perkara ini pernah direkodkan oleh Imam Bukhari disebukan bahawa Saiditina Aisyah r.a berkata, “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah. Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat”. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”. Kemudian Rasulullah bersabda “Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.”

Imam al-khataby ketika mensyarahkan hadith ini, beliau berkata, “Hadith ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah tentang diri Uyainah tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH. Ghibah ini berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain. Namun begitu, perlakuan baginda ini adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya. Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda, agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya.” (Fathul Bari, 10/469).

Begitu indah akhlak Rasulullah, walaupun seseorang itu tidak disukai oleh baginda namun baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Oleh sebab itu Saiditina Ai’syah menkhabarkan bahawa sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah aklak al-Quran, sepertimana yang direkodkan dalam hadith Sahih Muslim. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang Nabi dan Rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 21, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullullah itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu) bagi orang-orang yang mengharap(rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”

Malahan baginda Rasulullah s.a.w berkata, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi) . Walaupun baginda adalah seorang insan mulia yang sentiasa mempamerkan senyumannya kepada orang ramai, namun dalam beberapa keadaan baginda tidak akan senyum. Lebih-lebih lagi apabila hukum-hukum Allah dipermainkan dan dilanggar oleh umatnya. Bukan sahaja senyuman tidak dihadiahkan, tetapi wajah baginda akan bertukar serta-merta menjadi merah kerana kemarahan. Menurut Saiditina Aisyah sepertimana yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, beliau berkata, “Pada suatu hari, Rasulullah baru kembali dari sebuah musafir. Sebelumnya aku telah meletakkan tabir di pintu rumahku dengan langsir tipis yang bergambar. Ketika baginda melihat gambar tersebut, Rasulullah terus mengoyakkannya hingga berubah rona wajah baginda, kemudian baginda berkata, “Wahai ‘Aisyah ! sesungguhnya orang yang paling keras siksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah”.

  Selain itu, ketegasan baginda juga dapat dilihat dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim tentang seorang wanita dari kabilah Makhzumiyah yang telah mencuri. Kaum Quraisyh berasa binggung dengan permasalahan tersebut kerana mereka tahu bahawa hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah tangan pencuri tesebut harus dipotong (mengikut syarat-syarat yang ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa dengan Rasulullah dan memohon baginda melepaskan wanita tersebut. Kemudian sebahagian dari mereka menyarankan agar Usamah bertemu dengan Rasulullah, kerana Rasulullah menyayangi Usamah.

Maka Usamah pun pergi dan berbicara kepada Rasulullah saw. untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pebelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?” Setelah mengucapkan ayat tersebut, baginda berdiri dan berkhutbah, “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum kalian ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiar-kannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah!, sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.”      

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah sebagai Ibrah dan dalam masa yang sama menilai hikmah yang ada disebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malahan dengan senyuman hati kita akan berasa tenang dan sentiasa disenangi oleh orang ramai. Manakala, bertegaslah dalam beberapa keadaan agar agama tidak diperkotak-katikkan.


___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Sunday, October 24, 2010

Rahsia personaliti tarikh lahir melalui warna

  1. MERAH 
  • 25 Jun hingga 4 Julai – Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.
  • KRIM
  • 25 Mei hingga 3 Jun – Krim
  • 22 November hingga 1 Disember – Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
  • TEAL MERAH (WARNA KAYU)
  • 22 Disember – Teal Merah (Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
  • MERAH JAMBU
  • 25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
  • 26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
  • HIJAU
  • 9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
  • 14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
  • EMAS
  • 15 Mei hingga 24 Mei – Emas
  • 12 November hingga 21 November – Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
  • KUNING
  • 12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
  • 15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
  • MAROON
  • 14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
  • 12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
  • OREN
  • 2 Disember hingga 11 Januari – Oren
  • 5 Julai hingga 14 Julai – Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
  • UNGU
  • 22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
  • 24 September hingga 3 Oktober – Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.
  • LIME (WARNA BUAH LIMAU)
  • 11 Mac hingga 20 Mac – Lime
  • 3 September hingga 22 September – Lime
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
  • PERAK
  • 11 April hingga 20 April – Perak
  • 14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
  • HITAM
  • 21 Mac – Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
  • OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
  • 23 September – Olive
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
  • PERANG
  • 19 Februari hingga 28 Februari – Perang
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
  • KELABU
  • 4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
  • 24 Jun – Kelabu
  • 2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
  • BIRU
  • 4 Februari hingga 8 Februari – Biru
  • 1 Mei hingga 14 Mei – Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
  • BIRU LAUT
  • 1 April hingga 10 April – Biru Laut
  • 5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
  • PUTIH
  • 21 April hingga 30 April - Putih
  • 24 Oktober hingga 11 November – Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
  • (AQUA) BIRU KEHIJAUAN
  • 1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
  • 24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

 (originality by By eka shafeeqa129 )

Sunday, October 17, 2010

Ada Apa dengan Cinta Pertama...



Kali PERTAMA, adalah perkara yang selalu mendapat tempat dan kekal dihati. 
Apa sahaja yang berkaitan dengan kali pertama, pasti sukar dilupakan walaupun ianya menjadi sejarah bersama peredaran masa. Pengalaman memperolehi sesuatu untuk kali pertama memang berbekas dijiwa berbayang dimata dan mempunyai keistimewaan tersendiri yang cukup indah untuk dikenang. Mungkin kerana sesuatu yang kali pertama itu kita terima seadanya, tiada perbandingan yang boleh dibuat antaranya dengan yang lain. Oleh itu, kita menerimanya seadanya. Jika sedap mata memandang, maka indahlah yang kali pertama itu dihati tetapi kadangkala walau buruk  bagaimanapun seperti dikata orang, sesuatu yang pertama itu tetap istimewa.Tetap unik. Tetap tersendiri. Tetap tiada taranya. Walaupun ada yang kedua sepertinya, ianya tetap tidak sama. Begitulah hebatnya sesuatu yang KALI PERTAMA itu.

Dan antara banyak perkara kali pertama dalam kehidupan manusia yang paling berbekas disuatu sudut hati yang teristimewa adalah kisah CINTA PERTAMA. Tidak kisahlah bila cinta pertama itu muncul untuk kali pertamanya dalam hidup. Waktu tadika, di sekolah menengah, di dewan kuliah atau mungkin sahaja ketika kenduri cukur jambul cicit piut?? Iyalah, bukan semua orang bernasib baik menemui atau berjaya melakar kisah cinta pertamanya di kala usia muda remaja. Biar bilapun kali pertama itu, sesuatu yang kali pertama itu memang membuatkan kita ‘gerigitan’ hahaha....Namun nasib baik pulak rasanya, waktu saya jatuh cinta kali pertama tidak menulis nota “pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas..” atau “pen merah pen biru, .....” hahaha memang kelakar kalau terbaca nota cinta monyet dulu-dulu. Mungkin kerana semasa itu saya sudah agak berfikiran sedikit dewasa dikala cinta pertama mengetuk pintu hati, di pagar Aspuri dalam pakaian biru putih berkasut hitam.

ADA APA DENGAN KALI PERTAMA?
Mengapa kali pertama itu begitu istimewa? Mungkin kerana persepsi manusia itu sendiri yang selalu mendidik mentaliti sendiri bahawa sesuatu yang pertama itu adalah yang terbaik, harus menjadi pilihan dan mesti dimiliki. Misalnya, sewaktu kecil kita diajar supaya belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya mendapat nombor satu. Bila menyertai pertandingan, mesti menang dan sesiapa yang berjaya dan menang atau mendahului orang lain akan menerima ganjaran layanan baik. 


Mungkin persepsi inilah yang membuatkan kita turut mengadaptasikan keindahan perasaan menang dan layanan baik itu, dalam jiwa kita tanpa kita sedar apabila setiap kali kita mengalami sesuatu yang kali pertama. Dalam kontek ini, kita berbicara tentang cinta pertama. Ada sesuatu yang misteri dan mistik tentang cinta pertama. Ianya berlaku dengan cukup ringkas dan tenang. 





Bermula dengan pandang memandang, jeling menjeling, berkirim salam, bertukat-tukar nota dan declare!!! Mungkin juga jika dizaman persekolahan itu, keadaan diri tidak cukup bersedia dan pengalamanpun zero, yang ada hanya perasaan excited dan lebih terbuka menerima seadanya insan yang menghulurkan salam cinta. 
Iyalah kerana belum pandai memilih, agaknya..hehehe, aspektasipun kosong. Namun, adalah suatu anugerah apabila cinta pertama menjadi Cinta Terakhir menjadi jodoh. 


Teringat kisah seorang junior masa sekolah menengah yang selalu dicekup pengawas kerana kesalahan dating di kawasan sekolah. Pertemuan di lapangan terbang Kota Kinabalu, seronok kerana masih saling mengenali. Sedang asyik bertukar cerita, suaminya, saya agak menghampiri kami,  tersenyum lalu menegur mesra bertanya khabar dengan gaya seorang kenalan lama. Eeemm...wajahnya walau agak berisi tetapi seperti pernah aku jumpa? Tapi di mana ya?? Mereka berdua kemudian tertawa mengekek dan saling berpandangan melihat wajahku yang kerut cuba mengimbas wajah yang satu ini.
“ kak..., tentu masih ingat dia kan? Kami lah ba tuu..yang disanding di depan perhimpunan oleh guru disiplin dulu tuu....” Ooohh....patutlah wajah-wajah ini sukar dilupakan.
“hehehe...cinta keras ku ni , kak...” aku hanya mampu tersenyum mengenangkan kenangan cinta monyet yang menjadi kenyataan. Iyaa..mereka mungkin antara manusia yang paling bertuah diatas muka bumi ini kerana berjaya merealisasikan perjuangan cinta pertama sehingga bahagia di kecapi. Namun, ada juga kenalan yang jatuh cinta kali kedua dengan cinta pertamanya tetapi masih juga tidak kesampaian, mungkin inilah dikatakan hanya ada jodoh pertemuan ..bertemu untuk berpisah. Berjodohan atau tidak, cinta kali pertama memang ‘ berhantu’ mengekori hati bagaikan bayang-bayang yang sentiasa ada. 
Mungkin juga berhibernasi sehingga ajal datang menjemput. Mungkin juga ianya berhantu kerana sifat manusia itu sendiri, yang selalu menginginkan apa yang tiada. Apabila kehilangan, baru menyedari betapa berharganya sesuatu itu. Oleh itu, perasaan yang masih terkenang akan keindahan dan kemanisan perasaan kali pertama jatuh cinta itu akan kekal di sudut hati yang kadangkala kita sengaja lupakan kehadirannya atas desakan pelbagai factor.
Cinta Pertama tidaklah agung, malahan banyak cacat cela dan kekurangannya tetapi kerana ianya hadir dalam jiwa yang kosong erti cinta, jiwa yang naïf dan suci maka sentuhan kasih sayang selain yang lazim menjadi daya tarikan yang mengasyikkan. Bukankah sesuatu yang mengasyikkan mudah membuai perasaan manusia??? 

Seandainya cinta kali pertama kembali, rasanya masih mahu seperti yang sediakala...walau banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan...ianya SUCI, JUJUR dan IKHLAS...
Selamat membaca J

Thursday, October 14, 2010

Entahlah...



Beberapa hari yang lalu aku telah berkesempatan berbual dengan seorang rakan fb tentang kisah cintanya yang dilanda duka nestapa dan dia meminta pendapatku tentang masalahnya. Di akhir kata-katanya dia bertanya padaku,  "salahkah aku kerana terlalu mencintainya?" dan aku menjawabnya, "tidak salah, dalam soal cinta ...tiada yang salah..tiada yang betul...hanya yang ada...bahagia atau derita..." 


Eeemm...betulkah pulak jawapan aku tu? entahlah ..tapi itulah yang terlintas difikiranku ketika itu dan itulah yang terdetik dihatiku ketika membuat kesimpulan akan ceritanya. Bagaimanakah caranya yang paling betul atau tepat untuk bercinta? Bersikap jual mahal walau mahu dikatakan tidak bagus, bersikap defensif dan tidak terlalu menunjuk akan perasaan cinta itu juga dikatakan tidak betul, terlalu excited atau bersikap jujur dalam perhubunganpun dikatakan akan merimaskan...sedangkan bagi aku dalam sesuatu perhubungan ' honesty is the best policy'. Keikhlasan dan kejujuran adalah tanda hormat dan kasih yang luhur, bukankah kalau kita sayang pada seseorang kita wajar bersikap telus padanya? kerana dia akan hidup bersama kita atau kalau masih dalam percintaan yang belum berkahwin, kita akan selalu ada bersamanya atau ...eeemm..apa perkataan yang sesuai?? dekat..ya dekat..agaknyalah, suka atau tidak, pandai macam mana nak coverpun.. sesuatu yang kita rahsiakan darinya pasti akan diketahui juga..tak kisahlah benda baik apa lagi kalau sebaliknya.


Orang bercinta selalu sensitif dalam semua hal berkaitan pasangannya, kadangkala benda kecil pun boleh menjadi besar hanya kerana perasaan yang sensitif...maklumlah perasaan tengah...eemm...apa ya?? hahaha.. alamak aku kehilangan kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan perasaan orang bercinta...hee sori?? so, berbalik persoalan diatas...salahkah kita menunjukkan apa yang kita rasa terhadap insan yang kita sayangi? Menurut ramai pakar kaunselor, kalau kita sayang...kalau kita cinta...kalau kita kasih...perasaan itu harus ditunjukkan agar orang yang kita sayang faham dan tahu serta nyata akan apa yang ada dihati kita. Lagipun manusia mana boleh nampak apa yang ada didalam hati orang lain, walaupun hidup siang malam atau 30 tahun sekalipun dengan seseorang itu. Sebab apa yang tertulis dihati kita tidak dapat discan atau direkodkan oleh mesin, jadi pernyataan yang jelas (tetapi harus dikawal juga vocal projection nya yaa...heee) dizahirkan melalui suara itu rasanya memang wajar. 


Memang betul, cara orang perempuan bercinta dengan lelaki tidak sama. Naaa...jadi lelaki harus memahami bahawa perempuan itu apa yang ada dihatinya selalu saja hendak dizahirkan melalui lontaran vocalnya.. biar jelas terang dan nyata supaya tidak perlu lagi meneka-neka dalam kesamaran yang akhirnya membuat tanggapan mengikut rasa sendiri...kalau betul, bagus tapi kalau silap? Padan muka!!! Sendiri yang derita.... iyalah tak kah rasa ralat..kerana sikap yang kononnya tidak suka menunjuk akan perasaan sendiri kerana takut dilabel mat jiwang...kekasih hati yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga akhirnya berputus asa dan Allah swt mengalihkan hatinya pada insan lain yang tidak malu menzahirkan perasaan cinta pada si dara.


Walaupun aku setuju, penzahiran perasaan itu perlu didraft dan diwartakan kalau boleh diaktakan oleh parlimen..hahahaha...namun dalam soal cinta memang tiada garis panduan yang menyatakan apa yang boleh apa yang tidak apa yang benar apa yang salah...selagi ianya tidak melanggar batas-batas peradapan manusia dan hukum syarak...etika cinta adalah subjektif...heemmm...( aku sebenarnya tak puas hati!!! tapi..itulah hakikatnya... =_= )  


Apa yang penting, bahagia atau derita dalam melayari lautan cinta itu akhirnya...selamatkah sampai ke destinasi pelabuhan cinta atau karam dilautan dek badai, atau tersasar dari laluan lalu terpisah .......haaaaa


Namun sesuatu yang aku pelajari, ketika cinta mendatangi kita..ianya adalah suatu anugerah..dengarkanlah lagu dihatimu kala cinta bertandang...ianya ikhlas ..perasaan itu hadir tanpa dipinta..tidak perlu ditune2kan bunyinya...hati rasa bebas menerawangi langit perasaanmu...senyuman sentiasa manis menyelimuti wajahmu.. eheeemm....cukup-cukuplah tu kan....muntahlah pulak orang membacanya...hahaha :p


Kesimpualnnya?? tak ada sebab akan ada lagi....to be continued...heeeee

Hari pertamaku di Blog...

Oktober menjelang lagi bermakna musim hujan akan menemani hari-hari kita, kalau tidak pagi...tengahari hujan akan turun...  kadangkala berlarutan sehingga ke malam sehingga subuh esoknya. Namun tidak bererti mentari tidak datang menyapa disebalik awan kelabu.  Begitulah hidup kita, seandainya derita dirasakan sentiasa merundungi hidupmu....sentiasa mengekori setiap derap langkahmu, senyumlah dan bernafaslah dengan tenang...yakinkan hatimu bahawa semua rasa yang membelenggu itu hanya permainan emosi. Allah swt tak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak termampu oleh hamba-hambaNya...percayalah bahawa rahsia takdir itu sangat indah bila tiba masanya, biar berapa lamapun kau menanti kehadirannya, bila tiba saatnya....sedetik cuma pun kau berasakan seolah lenyap seperti angin segala derita dipundakmu. 

Tidak salah kita bersedih, menangislah semahu hatimu!! Tetapi jangan lama, satu jam, setengahari atau paling lama sehari...dan cukuplah setakat itu. Jangan membazirkan tenaga dan masamu melayan rasa kesedihan terlalu lama, apa lagi kalau bersedih untuk manusia lain yang tidak tahu menghargai segenap rasa kasih yang kau berikan padanya. Ikhlaskan saja apa yang telah kau beri padanya dan jangan marah kerana, selagi segala perasaan negatif masih beraja dihatimu...kau juga tidak akan tenang menjalani hidup ini. Hiduplah untuk diri sendiri. Jagalah hati sendiri kerana tiada sesiapa yang lebih memahaminya melainkan dirimu sendiri. Jangan selalu menaruh harapan akan ada insan lain yang pandai memujuk hatimu, kerana hakikatnya orang lain sukar menelusi sedalam mana kecederaan hatimu. 

"Ada sebabnya mengapa Allah swt menjadikan perjalanan hidupku berbelok-belok...berkerikil tajam.., seandainya tidak tercapai akalku mencari jawapannya....akan ku tempuhi saja berbekal hati yang redha dan tabah...ikhlas menerima...dengan keyakinan penuh akan keindahan rahmat yang menantiku di penghujung perjalanan ini...mungkin juga di pertengahan jalan ini..."

Aku yakin...sinaran mentari sentiasa berbaik hati padaku... meminjamkan kehangatannya untuk aku membakar semangatku mengisi setiap detik hidupku pada setiap deru nafasku, agar peluang yang dipinjamkan Allah ini dapat aku manfaatkan...

Aku ingin bahagia....