Sunday, October 17, 2010

Ada Apa dengan Cinta Pertama...



Kali PERTAMA, adalah perkara yang selalu mendapat tempat dan kekal dihati. 
Apa sahaja yang berkaitan dengan kali pertama, pasti sukar dilupakan walaupun ianya menjadi sejarah bersama peredaran masa. Pengalaman memperolehi sesuatu untuk kali pertama memang berbekas dijiwa berbayang dimata dan mempunyai keistimewaan tersendiri yang cukup indah untuk dikenang. Mungkin kerana sesuatu yang kali pertama itu kita terima seadanya, tiada perbandingan yang boleh dibuat antaranya dengan yang lain. Oleh itu, kita menerimanya seadanya. Jika sedap mata memandang, maka indahlah yang kali pertama itu dihati tetapi kadangkala walau buruk  bagaimanapun seperti dikata orang, sesuatu yang pertama itu tetap istimewa.Tetap unik. Tetap tersendiri. Tetap tiada taranya. Walaupun ada yang kedua sepertinya, ianya tetap tidak sama. Begitulah hebatnya sesuatu yang KALI PERTAMA itu.

Dan antara banyak perkara kali pertama dalam kehidupan manusia yang paling berbekas disuatu sudut hati yang teristimewa adalah kisah CINTA PERTAMA. Tidak kisahlah bila cinta pertama itu muncul untuk kali pertamanya dalam hidup. Waktu tadika, di sekolah menengah, di dewan kuliah atau mungkin sahaja ketika kenduri cukur jambul cicit piut?? Iyalah, bukan semua orang bernasib baik menemui atau berjaya melakar kisah cinta pertamanya di kala usia muda remaja. Biar bilapun kali pertama itu, sesuatu yang kali pertama itu memang membuatkan kita ‘gerigitan’ hahaha....Namun nasib baik pulak rasanya, waktu saya jatuh cinta kali pertama tidak menulis nota “pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas..” atau “pen merah pen biru, .....” hahaha memang kelakar kalau terbaca nota cinta monyet dulu-dulu. Mungkin kerana semasa itu saya sudah agak berfikiran sedikit dewasa dikala cinta pertama mengetuk pintu hati, di pagar Aspuri dalam pakaian biru putih berkasut hitam.

ADA APA DENGAN KALI PERTAMA?
Mengapa kali pertama itu begitu istimewa? Mungkin kerana persepsi manusia itu sendiri yang selalu mendidik mentaliti sendiri bahawa sesuatu yang pertama itu adalah yang terbaik, harus menjadi pilihan dan mesti dimiliki. Misalnya, sewaktu kecil kita diajar supaya belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya mendapat nombor satu. Bila menyertai pertandingan, mesti menang dan sesiapa yang berjaya dan menang atau mendahului orang lain akan menerima ganjaran layanan baik. 


Mungkin persepsi inilah yang membuatkan kita turut mengadaptasikan keindahan perasaan menang dan layanan baik itu, dalam jiwa kita tanpa kita sedar apabila setiap kali kita mengalami sesuatu yang kali pertama. Dalam kontek ini, kita berbicara tentang cinta pertama. Ada sesuatu yang misteri dan mistik tentang cinta pertama. Ianya berlaku dengan cukup ringkas dan tenang. 





Bermula dengan pandang memandang, jeling menjeling, berkirim salam, bertukat-tukar nota dan declare!!! Mungkin juga jika dizaman persekolahan itu, keadaan diri tidak cukup bersedia dan pengalamanpun zero, yang ada hanya perasaan excited dan lebih terbuka menerima seadanya insan yang menghulurkan salam cinta. 
Iyalah kerana belum pandai memilih, agaknya..hehehe, aspektasipun kosong. Namun, adalah suatu anugerah apabila cinta pertama menjadi Cinta Terakhir menjadi jodoh. 


Teringat kisah seorang junior masa sekolah menengah yang selalu dicekup pengawas kerana kesalahan dating di kawasan sekolah. Pertemuan di lapangan terbang Kota Kinabalu, seronok kerana masih saling mengenali. Sedang asyik bertukar cerita, suaminya, saya agak menghampiri kami,  tersenyum lalu menegur mesra bertanya khabar dengan gaya seorang kenalan lama. Eeemm...wajahnya walau agak berisi tetapi seperti pernah aku jumpa? Tapi di mana ya?? Mereka berdua kemudian tertawa mengekek dan saling berpandangan melihat wajahku yang kerut cuba mengimbas wajah yang satu ini.
“ kak..., tentu masih ingat dia kan? Kami lah ba tuu..yang disanding di depan perhimpunan oleh guru disiplin dulu tuu....” Ooohh....patutlah wajah-wajah ini sukar dilupakan.
“hehehe...cinta keras ku ni , kak...” aku hanya mampu tersenyum mengenangkan kenangan cinta monyet yang menjadi kenyataan. Iyaa..mereka mungkin antara manusia yang paling bertuah diatas muka bumi ini kerana berjaya merealisasikan perjuangan cinta pertama sehingga bahagia di kecapi. Namun, ada juga kenalan yang jatuh cinta kali kedua dengan cinta pertamanya tetapi masih juga tidak kesampaian, mungkin inilah dikatakan hanya ada jodoh pertemuan ..bertemu untuk berpisah. Berjodohan atau tidak, cinta kali pertama memang ‘ berhantu’ mengekori hati bagaikan bayang-bayang yang sentiasa ada. 
Mungkin juga berhibernasi sehingga ajal datang menjemput. Mungkin juga ianya berhantu kerana sifat manusia itu sendiri, yang selalu menginginkan apa yang tiada. Apabila kehilangan, baru menyedari betapa berharganya sesuatu itu. Oleh itu, perasaan yang masih terkenang akan keindahan dan kemanisan perasaan kali pertama jatuh cinta itu akan kekal di sudut hati yang kadangkala kita sengaja lupakan kehadirannya atas desakan pelbagai factor.
Cinta Pertama tidaklah agung, malahan banyak cacat cela dan kekurangannya tetapi kerana ianya hadir dalam jiwa yang kosong erti cinta, jiwa yang naïf dan suci maka sentuhan kasih sayang selain yang lazim menjadi daya tarikan yang mengasyikkan. Bukankah sesuatu yang mengasyikkan mudah membuai perasaan manusia??? 

Seandainya cinta kali pertama kembali, rasanya masih mahu seperti yang sediakala...walau banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan...ianya SUCI, JUJUR dan IKHLAS...
Selamat membaca J

No comments:

Post a Comment