Thursday, October 14, 2010

Hari pertamaku di Blog...

Oktober menjelang lagi bermakna musim hujan akan menemani hari-hari kita, kalau tidak pagi...tengahari hujan akan turun...  kadangkala berlarutan sehingga ke malam sehingga subuh esoknya. Namun tidak bererti mentari tidak datang menyapa disebalik awan kelabu.  Begitulah hidup kita, seandainya derita dirasakan sentiasa merundungi hidupmu....sentiasa mengekori setiap derap langkahmu, senyumlah dan bernafaslah dengan tenang...yakinkan hatimu bahawa semua rasa yang membelenggu itu hanya permainan emosi. Allah swt tak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak termampu oleh hamba-hambaNya...percayalah bahawa rahsia takdir itu sangat indah bila tiba masanya, biar berapa lamapun kau menanti kehadirannya, bila tiba saatnya....sedetik cuma pun kau berasakan seolah lenyap seperti angin segala derita dipundakmu. 

Tidak salah kita bersedih, menangislah semahu hatimu!! Tetapi jangan lama, satu jam, setengahari atau paling lama sehari...dan cukuplah setakat itu. Jangan membazirkan tenaga dan masamu melayan rasa kesedihan terlalu lama, apa lagi kalau bersedih untuk manusia lain yang tidak tahu menghargai segenap rasa kasih yang kau berikan padanya. Ikhlaskan saja apa yang telah kau beri padanya dan jangan marah kerana, selagi segala perasaan negatif masih beraja dihatimu...kau juga tidak akan tenang menjalani hidup ini. Hiduplah untuk diri sendiri. Jagalah hati sendiri kerana tiada sesiapa yang lebih memahaminya melainkan dirimu sendiri. Jangan selalu menaruh harapan akan ada insan lain yang pandai memujuk hatimu, kerana hakikatnya orang lain sukar menelusi sedalam mana kecederaan hatimu. 

"Ada sebabnya mengapa Allah swt menjadikan perjalanan hidupku berbelok-belok...berkerikil tajam.., seandainya tidak tercapai akalku mencari jawapannya....akan ku tempuhi saja berbekal hati yang redha dan tabah...ikhlas menerima...dengan keyakinan penuh akan keindahan rahmat yang menantiku di penghujung perjalanan ini...mungkin juga di pertengahan jalan ini..."

Aku yakin...sinaran mentari sentiasa berbaik hati padaku... meminjamkan kehangatannya untuk aku membakar semangatku mengisi setiap detik hidupku pada setiap deru nafasku, agar peluang yang dipinjamkan Allah ini dapat aku manfaatkan...

Aku ingin bahagia....

No comments:

Post a Comment